Tuesday, January 23, 2007

Fwd: FW: lawak bodoh

PANDAINYEE DIA BERNIAGA

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang
lelaki yang bercadang membeli petai itu ...
"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira
murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."


-----------------------------------------------------------------------------------
CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan
berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan
keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu
Jadi dua minggulah ...

PART I

Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di
padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya
melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan
mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya
menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim
menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni
hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab
tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah
bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun
bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan
pergi mana-mana.


PART III
Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan
tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat
kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

PART IV

Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah
Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau
mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah
Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil
wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi
satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!


PART V

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas
batang pokok pisang?>
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas
daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai abis
kelas.

POSMEN
Seorang posmen yang datang menghantar surat.

"Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje!"


-----------------------------------------------------------------------------------

PEMAKANAN YG SIHAT


Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar
dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti
makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan
sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan
Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja.
Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat
perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya
mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan
kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang
dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"


-----------------------------------------------------------------------------------

MANE BENDE YG FREE TU??

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli
barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-
barang yang dipesan.

Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan
membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu
tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil?
Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun
menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus
benda 'FREE' itu.

Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk
menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan
jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin.
Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta
dari jurujual.

Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran
mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si
suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi
tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek
kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa
Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!! :)


-----------------------------------------------------------------------------------

SLIMMING TEA

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang
juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit
petua.
Pemuda : "Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih
belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama
nanti."
Bomoh : "Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi
lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan
oleh isteri kamu nanti."
Pemuda : "Bagaimanakah caranya tok bomoh."
Bomoh : "Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini
akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya."
Pemuda : "Bagaimana caranya tok ?"
Bomoh : "Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air
teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu."
Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok
bomoh pada setiap malam.>
Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba
kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan
kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda
tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan
lalu bertanya kepada pemuda tersebut.
Bomoh : "Kenapa cepat sangat..?"
Pemuda : "Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar
pensil saja...?"
Bomoh : "Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?"
Pemuda : "Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam
segelas air teh."
Bomoh : "Teh apa yang kamu gunakan ?"
Pemuda : "Mustika Ratu - Slimming Tea tok..."
Bomoh : ?!?!?!?!?!
-----------------------------------------------------------------------------------

SAKIT JIWA

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan
terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang
pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu
dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun
melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih
ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

-----------------------------------------------------------------------------------

BAS NAK KE NERAKA

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di
sebelahnya seorang nenek.

Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata, "Kamu tahu
tak, kamu akan ke neraka!"
Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!.
Salah naik bas."





Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

No comments: